tyzo

Teka-Teki Terjawab, Tyzo Kini Penyampai IKIMfm.

2024-03-05

Teka-Teki Terjawab, Tyzo Kini Penyampai IKIMfm. | AMANZING NARA : Penyampai radio terkemuka negara, Tyzo dilaporkan sah menerima tawaran untuk menyertai stesen radio di bawah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), IKIMfm bermula Isnin depan.

tyzo

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris telah berkongsi berita tersebut menerusi hantaran Instagramnya pada hari ini.

Difahamkan, beliau baru sahaja berkunjung ke Kompleks Nasyrul Quran di Wilayah Persekutuan Putrajaya berkenaan urusan tersebut.

Difahamkan, beliau baru sahaja berkunjung ke Kompleks Nasyrul Quran di Wilayah Persekutuan Putrajaya berkenaan urusan tersebut.

TULIS TYZO

“Salam IKIM FM. Tyzo X Xander menuju jalan Reda,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sehubungan itu, Tyzo bakal mengendalikan segmen Inspirasi Pagi yang bermula pada jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi. Segmen ini akan berlangsung selama lima hari iaitu, setiap Isnin hingga Jumaat.

Bukan itu sahaja, penyampai radio kesayangan ramai itu bakal bergandingan dengan dua orang penyampai iaitu, Suffian Amrin dan Luqman Hakim.

Semasa berkongsi berita tersebut kepada Sinar Harian, beliau cukup berbesar hati ketika diberi peluang untuk berada di dalam konti IKIMfm.

“Selepas dua bulan tidak bersiaran, saya rasa berdebar,” katanya.

Tyzo telah berkata sedemikian ketika majlis penjenamaan semula dan pelancaran logo IKIMfm pada Isnin.

Dapat petunjuk pilih IKIMfm sewaktu tunai umrah
Jelasnya, pemilihan stesen radio ini telah dimuktamadkan selepas menerima empat tawaran daripada stesen radio berbeza.

Bukan itu sahaja, keputusan itu dibuat selepas beberapa siri perbincangan bersama pihak IKIMfm, termasuklah Pengarah Pusat Media IKIM, Ahmad Fuad Mat Ali.

KEPUTUSAN TYZO

“Saya tak tahu nak kata…Saya rasa mungkin ALLAH SWT memberi petunjuk (untuk memilih IKIMfm) kerana sewaktu menunaikan ibadah umrah baru-baru ini, doa saya ketika itu adalah jika saya masih lagi boleh memberikan manfaat kepada orang lain, saya mohon terus dipermudah dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mematahkan tanggapan bahawa tawaran bersama stesen radio itu bakal mengecilkan skop beliau sebelum ini.

“IKIMfm mempunyai 1.6 juta pendengar. Mereka juga mempunyai IKIMTV selain media sosial.

“Saya tidak rasa ia ‘men-downgrade-kan’ bahkan IKIMfm ini akan lebih mendekatkan saya kepada al-Quran serta hadis,” jelasnya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu menambah, kontrak perkhidmatan bersama IKIMfm sedang diperhalusi sebelum ditandatanganinya.

Untuk makluman, Tyzo telah dinobat sebagai penyampai radio popular dalam satu anugerah berprestij dalam industri seni Malaysia pada 2023.

Beliau telah memulakan perjalanannya dalam dunia penyiaran radio di stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.

Sebelum ini, Tyzo pernah mengendalikan slot radio di Suria FM pada 2017 dan menjadi halwa telinga kegemaran rakyat Malaysia.

Sungguhpun begitu, perjalanan bersama stesen radio terbabut terhenti pada tanggal 12 Januari lepas, iaitu selepas enam tahun berkhidmat.

Selain Muzik FM dan Suria FM, beliau juga pernah bertugas di stesen Ultra FM, Pi Mai FM dan Selangor FM.

Sumber: Sinar Harian, tyzoxander via Instagram 

Jika anda nak tahu tempat makan best boleh ke website kami : TEMPAT MAKAN BEST

Artikel Lain