Hidayah

Akhirnya Hidayah Dedah Siapa Lelaki ‘Misteri’ Yang Didakwa Tunang.

2024-01-30

Akhirnya Hidayah Dedah Siapa Lelaki ‘Misteri’ Yang Didakwa Tunang. | AMANZING NARA : Beberapa hari lalu, balu kepada pelawak Abam Bocey, Hidayah menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia memuat naik sekeping gambar di Facebook miliknya.

 

Hidayah

Berdasarkan muat naik tersebut, gambar itu menunjukkan dia memegang sejambak bunga bersama seorang lelaki berlatar belakang pelamin.

Hasil muat naik pada 28 Januari lalu itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang lain.

Rata-rata warga maya yang melihat hantaran tersebut mendakwa bahawa dia telah menemui pengganti dan bertunang bersama jejaka tersebut.

Hidayah yang dilihat memakai baju berwarna rona biru sepadan dengan jejaka tersebut ternyata berjaya memancing perhatian pengguna media sosial yang lain.

Bagaimanapun, desas-desus itu telah ditepis oleh Hidayah yang berkata bahawa lelaki terbabit bukan tunangnya sebaliknya ialah anak saudaranya sahaja.

Perkara itu dikongsikan oleh Hidayah menerusi maklum balas di ruangan komen muat naik di Facebook berkenaan.

Individu terbabit hanya anak saudara bukan lelaki didakwa tunang

Menurut Hidayah, muat naik bertujuan untuk menunjukkan ketinggian anak saudaranya sahaja.

“Betul, anak saudara lebih tinggi dari mak saudaranya. Saja nak tunjuk anak saudara tinggi,” tulis balasan komen Hidayah di ruangan komen muat naik tersebut.

Terdahulu, Allahyarham Abam dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, 4 tahun.

Perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahaun selepas Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan kemudiannya meninggal dunia.

Abam dilapor meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas ketika berusia 32 tahun.

Pemergian Allahyarham Abam telah meninggalkan kesan yang mendalam bagi peminat dan rakan-rakan selebriti. Telatah bersahaja Abam di atas pentas cukup membuat beliau sangat diminati oleh penonton yang dahagakan hiburan jenaka.

 

Jangan lupa singgah di portal kami setiap hari. Kami akan menyajikan berita-berita hiburan yang menarik.

Sumber: Facebook/ Hidayah Hamzah

Jika anda nak tahu tempat makan best boleh ke website kami : TEMPAT MAKAN BEST

Artikel Lain