shuib

Kongsi Kisah Ketagih Judi. Ini Penjelasan Shuib.

2024-07-24

Kongsi Kisah Ketagih Judi. Ini Penjelasan Shuib. | AMANZING NARA : Pelawak popular, Shuib mengakui kesilapannya terlalu terbuka berkongsi kisah silam. Yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga menjadi ketagih.

shuib

Sehubungan itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 40. Memohon maaf sambil menjelaskan perkongsian dibuat kerana ingin memberi pengajaran, bukannya sengaja membuka aib sendiri.

“Sebenarnya, saya tak nak besarkan soal ini lagi walaupun dari segi komen diterima ada positif dan negatif.

“Saya tak nak orang menyampah bila kisah judi ini asyik keluar dalam media sosial.

“Tapi, kalau dilihat daripada sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube. Tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai. Korang nak tahu tentang kereta elektrik? Korang boleh tekan link EV MALAYSIA… Banyak perkongsian tentang kereta EV.

“Mungkin apa yang berlaku satu khilaf daripada saya kerana kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara.

“Jadi, saya ambil maklum soal ini dan akan lebih berhati-hati jika ingin berkongsi kisah silam.

“Ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai perkara tidak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut cara Islam, tapi nak buat macam mana benda sudah pun berlaku,” jelas Shuib.

TONTON VIDEO PENUH

Sementara itu, bekas anggota Sepahtu itu turut berharap orang ramai dapat menonton video penuh perkongsian dalam Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie, sebelum menghukumnya.

“Apa yang dikongsikan dalam podcast ini adalah kisah benar, bukannya rekaan. Malah, kisah benar ini diceritakan oleh orang dikenali.

“Kalau tengok siaran penuh video ini, kebanyakan komen diterima berbentuk positif dan rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman sama iaitu pernah ketagih main judi.

“Mereka kini sudah insaf selepas menyedari perbuatan ini bukan sahaja merugikan, malah berdosa.

“Sebelum program bermula kami sudah mengingatkan penonton supaya tidak meniru perbuatan berjudi dan mengambilnya sebagai iktibar.

“Cuma, benda ini jadi isu apabila berita dipaparkan dalam media sosial tidak diambil secara menyeluruh hingga mengelirukan orang ramai,” jelas Shuib.

Terdahulu, nama Shuib kembali menjadi bahan perdebatan netizen selepas membuat pengakuan pernah menjadi kaki judi sehingga ketagihan dan mengalami kerugian besar mencecah puluhan ribu ringgit. Korang nak tahu tentang kereta elektrik? Korang boleh tekan link EV MALAYSIA… Banyak perkongsian tentang kereta EV.

Dedah Shuib, selain membayar RM150 sekali main ketika berjudi, dia juga pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan RM68,000.

Insiden itu akhirnya menginsafkan Shuib hingga bertekad meninggalkan tabiat buruk itu.

Artikel Lain