Seniman Legenda. Ini Sejarah P.Ramlee Yang Ramai TAK TAHU. | AMANZING NARA : Siapa yang tidak kenal dengan seniman legenda, Tan Sri P. Ramlee, satu nama yang cukup besar dalam sejarah dunia seni tanah air di Malaysia?. Meskipun kita kini telah bertapak pada abad ke-21, tidak dapat dinafikan. Bahawa hasil karya beliau masih memukau dan menjadi wadah tontonan semua lapisan masyarakat tanpa jemu, bahkan hingga ke hari ini.
Tan Sri P. Ramlee tetap dalam ingatan sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh beliau semasa hayatnya, “Walau aku sudah mati, aku akan hidup seribu tahun lagi”.
Kenali Tan Sri P. Ramlee
Nama sebenar Tan Sri P. Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Beliau merupakan anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim dan Che Mah binti Hussein. Dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347 di Pulau Pinang.
Nama sebenar beliau digantikan dengan nama Ramlee bin Puteh. Kerana ayahnya telah mengambil keputusan untuk membuang gelaran kebangsaannya ketika berhijrah ke Pulau Pinang.
Tan Sri P. Ramlee merupakan seniman legenda tanah air yang terulung di rantau Asia suatu ketika dahulu. Beliau merupakan seniman agung yang menjadi mercu tanda kehebatan perfileman Malaysia.
Sebagai tokoh seni ulung dalam dunia hiburan, kehadiran Tan Sri P. Ramlee di layar perak adalah suatu kebanggaan. Sehingga masyarakat dapat mengingati beliau sebagai Sazali, Sarjan Hassan, Hang Tuah dan Kassim Selamat.
Tambahan pula, disebabkan kejayaan dalam dunia seni, beliau telah menjadi pujaan ramai sehingga huruf “P” pada pangkal namanya, “P. Ramlee”, digelar sebagai “pujaan” oleh para peminatnya suatu ketika dahulu.
Antara tempat menarik aceh ialah Pulau Weh, Pantai Iboih, Pantai dan banyak lagi.
Beliau menunjukkan karisma sebagai seniman dengan menjiwai watak yang cukup dekat dengan masyarakat di mana sebahagian besarnya adalah atas pengarahan beliau sendiri.
Antaranya ialah anak manja (Sazali dalam filem Anakku Sazali), perwira bangsa (Sarjan Hassan dalam filem Sarjan Hassan), pahlawan Melayu (Hang Tuah dalam filem Hang Tuah) dan pemuzik (Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku).
“Di tangan seniman agung ini tercipta skrip yang membijaksanakan masyarakat, terhasil lagu yang melembutkan jiwa bangsa dan terpamer tarian yang mengalunkan kelembutan nurani manusia,” – Awang Azman Awang Pawi & Khor Chooi Lian (2005)
Penggubah Muzik Terbaik
Seorang penggubah muzik yang baik menghasilkan lagu bukan sahaja untuk menghiburkan para pendengar, tetapi juga untuk menyampaikan mesej yang tersirat melalui bait kata lagu yang dicipta. Begitu juga dengan Tan Sri P. Ramlee.
“Keindahan bait kata dalam lagu nyanyian beliau bukan sahaja kerana melodi dan kelunakan suaranya tetapi bait kata yang disusun sebaik mungkin sehingga menghasilkan lirik lagu yang berjaya mendapat tempat di hati peminat sehingga ke hari ini,” – Nur Amirah Che Soh dan Che Ibrahim Salleh (2014)
Lagu pertama ciptaan beliau ialah lagu Azizah yang ditulis pada tahun 1945, ditujukan khusus untuk gadis pujaannya yang sehingga kini didakwa tidak diketahui akan gerangan sosok yang bernama “Azizah” itu. Kejayaan mencipta lagu Azizah akhirnya menjadi titik tolak buat Tan Sri P. Ramlee menulis lagu-lagu lain.
Antaranya ialah lagu Dua Darjat pada tahun 1960 yang diperakui sebagai karya agung. Lagu ini telah digubah dalam versi Inggeris serta dinamakan sebagai “Whispering in the Winds” dan dimasukkan dalam sebuah album yang mengandungi lagu-lagu termasyhur seorang penyanyi Barat yang dikenali sebagai “Lobo”.
Selain itu, lagu Jeritan Batinku yang dinyanyikan dalam versi Inggeris dan dinamakan “Indian Summer” oleh penyanyi Jepun bernama Kako Shimada yang berjaya memukau negara Jepun dengan muzik Tan Sri P. Ramlee.
Penyanyi Bersuara Emas
Pada tahun 1948, Tan Sri P. Ramlee buat pertama kalinya menyanyikan lagu pertama ciptaan beliau sendiri iaitu Azizah di pekan Bukit Mertajam ketika “Pertunjukan Tanaman Melayu”.
Malam tersebut merupakan malam bersejarah buat beliau apabila seorang sutradara India yang datang dari Singapura bernama B.S.Rajhans yang dikenali sebagai bapa perfileman Melayu pada ketika itu terpukau dengan suaranya.
Pada tahun 1953, bakat nyanyian Tan Sri P. Ramlee terserlah lagi apabila beliau terpilih sebagai Biduan Radio dan bintang penyanyi radio lelaki terbaik oleh Radio Malaya. Peminat-peminat Tan Sri P. Ramlee tidak akan pernah bosan mendengarkan suara beliau yang merdu. Melodi yang memilukan dan menyentuh hati dipadukan dengan suaranya yang lunak adalah sangat mengagumkan sehingga beliau boleh dikatakan menyanyi melalui hatinya.
Pelakon Serba Boleh
Filem pertama lakonan Tan Sri P. Ramlee ialah filem Chinta arahan B.S.Rajhans pada tahun 1948. Selepas filem Chinta, Tan Sri P. Ramlee kemudiannya berpeluang pula berlakon dalam filem Nor Asmara, Nasib, Nilam, Racun Dunia dan banyak lagi.
Kejayaan beliau terus berkembang dan beliau telah berjaya berlakon dalam 27 buah filem antara tahun 1948 hingga 1955. Antara filem lakonan beliau yang menyemarakkan perjalanan kariernya ialah filem Anakku Sazali arahan Phani Majumdar pada tahun 1956, di mana beliau memainkan dua watak sekaligus iaitu sebagai bapa dan sebagai anak.
Beliau telah berjaya membawakan watak tersebut dengan baik sekali sehingga beliau terpilih sebagai pelakon lelaki terbaik dalam Pesta Filem Asia di Tokyo pada tahun 1957. Selain itu, kemuncak karier Tan Sri P. Ramlee sebagai pelakon adalah apabila beliau memainkan peranan penting sebagai watak utama dalam filem Sarjan Hassan arahan sutradara Lemberto Avellana dari Filipina pada tahun 1958.
Kami juga menawarkan pakej murah aceh untuk anda lawati tempat yang menarik dan cantik.
Disebabkan lakonan Tan Sri P. Ramlee yang begitu baik dalam filem tersebut, maka Rejimen Askar Melayu telah menganugerahkan gelaran “Sergeant Tituler” kepada beliau dalam satu upacara rasmi di markas tentera yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tambahan pula, Tan Sri P. Ramlee turut memainkan peranan sebagai salah seorang pelakon dalam filem arahan beliau sendiri seperti filem komedi bersiri Bujang Lapok yang telah dibintangi oleh beliau sendiri, S. Shamsuddin dan Aziz Satar. Kejayaan filem Bujang Lapok telah membawa kepada siri-siri filem komedi tersebut yang berikutnya iaitu Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.
Pengarah Filem yang Ideal
Tan Sri P. Ramlee sangat terkenal sebagai pengarah filem, sutradara atau pembikin filem yang hebat kerana beliau berkemahiran dalam bidang pengarahan filem setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia seni.
Filem pertama arahan Tan Sri P. Ramlee ialah filem Penarik Beca, diikuti dengan filem kedua arahan beliau iaitu Semerah Padi. Selain itu, filem lain arahan Tan Sri P. Ramlee ialah filem Pancha Delima, Ibu Mertuaku, Do Re Mi, Madu Tiga dan banyak lagi. Filem arahan beliau yang mendapat sambutan di peringkat antarabangsa ialah filem Pendekar Bujang Lapok.
Semasa Pesta Filem Asia yang ke-6 di Kuala Lumpur pada tahun 1959, Tan Sri P. Ramlee telah mendapat pujian daripada salah seorang juri dari Jepun atas usaha beliau dalam menjayakan filem Pendekar Bujang Lapok. Filem tersebut telah mendapat anugerah filem komedi terbaik.
Pakej travel aceh menjanjikan kepada anda dengan harga yang berpatutan dan puas hati.
Perginya seorang tokoh seni ulung
Tan Sri P. Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973 iaitu ketika beliau berumur 45 tahun kerana diserang penyakit jantung.
Kematian Tan Sri P. Ramlee merupakan satu kehilangan dan kerugian besar kepada negara, khususnya dalam dunia hiburan.
Allahyarham merupakan tokoh seni ulung yang tiada tolok bandingnya di Malaysia dan Asia. Jasa beliau selama hayatnya kepada negara hendaklah dihargai.