[VIDEO] Lelaki PARAH Dibelasah 5 Gengster Berpistol Dan Bersamurai Kerana Wanita !!!

| August 6, 2017 | 0 Comments

[VIDEO] Lelaki PARAH Dibelasah 5 Gengster Berpistol Dan Bersamurai Kerana Wanita !!! | KUALA LUMPUR: Lima lelaki yang menyerang seorang pelajar sebuah kolej dalam sebuah kafe siber di Setiawangsa, di sini, Khamis lalu sedang giat diburu oleh Polis Kuala Lumpur.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Raja Hazwan Azri Raja Zaen, 21. Sebelum kejadian, dia bersama teman wanitanya diganggu salah seorang suspek ketika berjalan keluar dari sebuah klinik di Setiawangsa, di sini, untuk ke kereta, kira-kira jam 12 tengah malam.

Katanya, dia kemudian menegur tindakan salah seorang daripada kumpulan lelaki itu yang menggangu teman wanitanya hingga menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum meninggalkan lokasi kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

“Lelaki itu kemudian menghubungi saya dengan menghantar mesej ke akaun Facebook dan memaklumkan mahu berjumpa sebelum kami sepakat untuk berjumpa di sebuah pusat siber di Setiawangsa, di sini.

“Selepas menghantar teman wanita pulang ke rumahnya, saya menunggu lelaki itu di lokasi yang dijanjikan. Saya terkejut apabila melihat lelaki terbabit muncul bersama rakannya yang membawa senjata termasuk kayu dan objek menyerupai pistol,” katanya.

Raja Hazwan Azri berkata, dia kemudian berlari memasuki kafe siberterbabit sebelum dibelasah lima lelaki menggunakan kayu, pemadam api dan belakang objek menyerupai pistol.

Mangsa dibelasah dan kemudian ditarik keluar dari kafe siber berkenaan, sambil dipukul dan diacukan dengan spucuk pistol dipercayai tiruan.

Mangsa turut dicederakan dengan sebilah pedang samurai, selain kepalanya dihentak dengan alat pemadam api.

Berdasarkan rakaman video, tiada seorang pun pekerja mahupun pelanggan kafe siber berkenaan membantu mangsa.

Mangsa kemudian ditarik masuk ke dalam sebuah kereta dipercayai jenis Suzuki Swift dan dibawa ke sebuah bangunan, sekitar 200 meter dari kafe siber berkenaan.

Di sana, mangsa sekali lagi dibelasah dan kepalanya dihentakkan ke pili bomba sebelum ditinggalkan dalam keadaan cedera parah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Rusdi Mohd Isa, berkata mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menerima tujuh jahitan di kepala, selain patah jari telunjuk dan lebam pada belakang badan serta muka.

“Pada masa ini, pihak kami sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek terbabit.

“Kita percaya, seorang daripada suspek dikenali mangsa dan kejadian dipercayai bermotifkan salah faham, antara teman wanita mangsa dan seorang suspek,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan cedera menggunakan senjata berbahaya.

Video:-

Lelaki teruk dibelasah kerana tegur menggangu teman wanita: Lokasi kejadian Cyber Cafe Setiawangsa, KLPELAJAR kolej swasta cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kafe siber di Setiawangsa, Kuala Lumpur, kira-kira jam 2 pagi, hari ini.Mangsa, Raja Hazwan Azri Raja Zaen, 21, cedera di jari kiri, lebam di badan dan menerima tujuh jahitan di kepala akibat dibelasah lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama teman wanitanya diganggu salah seorang suspek ketika berjalan keluar dari sebuah klinik di Setiawangsa, di sini, untuk ke kereta, kira-kira jam 12 tengah malam.Katanya, dia kemudian menegur tindakan salah seorang daripada kumpulan lelaki itu yang menggangu teman wanitanya hingga menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum meninggalkan lokasi kerana bimbang dengan keselamatan mereka."Lelaki itu kemudian menghubungi saya dengan menghantar mesej ke akaun Facebook dan memaklumkan mahu berjumpa sebelum kami sepakat untuk berjumpa di sebuah pusat siber di Setiawangsa, di sini."Selepas menghantar teman wanita pulang ke rumahnya, saya menunggu lelaki itu di lokasi yang dijanjikan. Saya terkejut apabila melihat lelaki terbabit muncul bersama rakannya yang membawa senjata termasuk kayu dan objek menyerupai pistol," katanya.Raja Hazwan Azri berkata, dia kemudian berlari memasuki kafe siber terbabit sebelum dibelasah lima lelaki menggunakan kayu, pemadam api dan belakang objek menyerupai pistol."Orang ramai yang berada di dalam pusat siber terbabit tidak dapat membantu saya kerana diugut akan dicederakan."Mereka kemudian menarik saya masuk ke dalam kereta Suzuki Swift sebelum terus membelasah saya sebelum ditinggalkan di depan sebuah bank berhampiran pusat siber berkenaan."Saya terpaksa berjalan kaki dalam keadaan berlumuran darah sejauh 200 meter untuk ke kafe siber itu bagi mendapatkan bantuan," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, di sini, hari ini.Insiden itu tular di Facebook selepas abang mangsa, Raja Ezzat Ezmir Raja Zaen, memuat naik status di akaunnya berhubung kejadian itu, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pusat siber berkenaan.Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu."Sehingga kini, belum ada tangkapan dibuat berhubung insiden itu dan usaha mengesan kelima-lima suspek sedang giat dijalankan," katanya.KreditWe Are Malaysians

Posted by VideoViral Malaysia on Saturday, August 5, 2017

Sumber:- BeritaHarian

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *