Dituduh Abai Anak Sehingga Bergelumang Tahi, Ini Cerita SEBENAR Yg Ramai TAK TAHU !!!

| August 7, 2017 | 0 Comments

Dituduh Abai Anak Sehingga Bergelumang Tahi, Ini Cerita SEBENAR Yg Ramai TAK TAHU !!! | Baru-baru ini viral di media sosial kisah 3 orang adik beradik yang dikatakan telah diabaikan oleh ibu bapa mereka sendiri. Ketiga-tiga adik beradik tersebut diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ramai netizen mengecam tindakan ibu bapa tersebut tanpa mengetahui kisah sebenar yang berlaku. Namun baru-baru dalam satu laporan dari Utusan Online, bapa kepada ketiga-tiga adik beradik tersebut tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Hanya mahu dikenali sebagai Amran, dia meninggalkan anaknya itu dibawah jagaan jiran seorang suri rumah di bilik yang disewa mereka.

Pada ketika itu, dia dan isterinya sedang mengikuti latihan kerja di sebuah kilang yang terletak di Gelang Patah. Amran dan isterinya menjadi panik setelah pulang dari tempat kerja dan mendapati anak-anaknya tiada di rumah.

“Setiba di rumah jam 8 malam, saya seperti orang gila setelah tiga orang anak saya tiada di dalam bilik sewa malah lebih terkilan apabila jiran memaklumkan anaknya telah diambil oleh JKM.”

Anak bongsu mereka yang berusia 8 bulan berada bersama pengasuh yang tinggal di Kampung Melayu Majidee manakala ketiga-tiga anak mereka ditinggalkan kerana seorang jiran yang mereka anggap sebagai kakak dikatakan sanggup menjaga mereka bertiga.

Jirannya itu mahu membantu menjaga anaknya setelah mendapat tahu dia dan isterinya perlu menghadiri latihan selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Ogos sebelum memulakan kerja sebagai operator kilang elektronik.

“Isteri saya ditawarkan kerja syif pagi manakala saya syif malam mulai 4 Ogos dan kami sepatutnya tiada masalah bagi menjaga anak-anak mulai minggu ini.”

“Sebelum meninggalkan bilik sewa pada jam 7 pagi, isteri saya juga sudah menyediakan bekalan makanan kepada tiga orang anak kami tetapi tidak memandikan mereka kerana terlalu awal dan tambahan pula mereka masih tidur ketika itu” kata Amran lagi.

“Selama tempoh mengikuti kursus, telefon bimbit saya kehabisan kredit hingga tidak mampu menghubungi jiran bagi bertanya keadaan anak namun saya tidak sangka gambar anak diviralkan”.

Isterinya pula Siti, menambah dia berasa amat kecewa dan teraniaya kerana perbuatan jirannya itu yang sanggup memfitnah keluarganya malah sedih apabila netizen turut mengecam mereka tanpa mengetahui kesusahan yang dilanda mereka.

Mereka dibenarkan bertemu dengan anak-anak mereka namun tidak dibenarkan untuk dibawa pulang kerana pihak berkuasa mahu menjalankan siasatan.

Sumber:- kakishare

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *