Ramai Yang Masih Tak Tahu Pandangan Islam Tentang Wanita Berseluar Panjang. Rupa²nya Ini Hukumnya !!!

| July 19, 2017 | 0 Comments

Ramai Yang Masih Tak Tahu Pandangan Islam Tentang Wanita Berseluar Panjang. Rupa²nya Ini Hukumnya !!!  | Sudah menjadi kebiasaan wanita pada hari ini untuk memakai seluar panjang untuk pergi ke mana-mana mungkin lebih selesa dan memudahkan pergerakan. Tetapi apakah hukum seorang wanita memakai seluar panjang? Adakah dibolehkan? Jom baca artikel ini semoga bermanfaat.

(1) Menurut Syeikh ‘Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) :
“Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa.” (Mausuah Al-Usrah m/s 99)
= = = = =
(2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua’sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang, Ia menjawab: “Hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian diluarnya (baju atau jubah), dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar, dan (pakaian luar itu) labuh sehingga ke paras bawah lutut, maka hukumnya harus.”

Soalan : Adakah wanita harus memakai seluar panjang?

Jawapan (Dr. Wahbah al-Zuhaili):
“Haram bagi wanita memakai seluar panjang kerana ia ketat dan menampakkan susuk tubuhnya. Dan juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki. Tetapi jika wanita itu memakai baju (luar seperti jubah) yang menutupi di atas seluar itu sehingga (menutupi) sampai ke bawah dari paras lutut, maka diharuskan kerana illat pengharaman itu sudah tiada ketika itu.”

(Fatawa Mu’ashirah m/s 191)

= = = = =

(3) Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki (Ulama Besar Mazhab al-Syafii di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah), perempuan yang memakai seluar panjang (namun) di atasnya (yakni diluarnya) ada pakaian (baju atau jubah) yang labuh (dan menutupi seluarnya) hingga sampai ke lutut, kemudian seluar tersebut mampu dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja, maka hukumnya tidak haram (yakni harus), dengan syarat seluar (yang kelihatan di bawah lutut) itu tidak jarang atau ketat sehingga menampakkan kecantikan tubuhnya kerana ia termasuk dalam hadis perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. Alasannya kerana seluar bukanlah pakaian yang hanya khusus bagi lelaki. Cuma yang haram bagi perempuan ialah membuka auratnya atau sebahagian auratnya dihadapan lelaki ajnabi.

Hukum wanita memakai Seluar Panjang

Soalan : Apakah pendapat tuan terhadap wanita yang memakai seluar panjang dan juga memakai baju yang labuh di atasnya (menutupi seluarnya) sehingga (menutupi) sampai ke paras lutut, dan seluar panjang tadi hanya boleh dilihat (oleh orang lain di) bahagian bawahnya saja, adakah ia termasuk dalam ertikata haram seorang wanita memakai pakaian lelaki atau sebaliknya?

Jawapan (Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki ):
“Pakaian seperti ini tidak haram ke atas wanita untuk memakainya selagi pakaian itu tidak jarang ataupun ketat yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik, kerana yang demikian (jika ketat maka) termasuk dalam hadis “berpakaian tetapi bertelanjang” kerana ia (seluar itu) bukan dikhususkan kepada lelaki sahaja, tetapi haram ia membuka auratnya atau separuh daripada auratnya di depan lelaki ajnabi.” (Qurratu ‘Ain m/s 233)

= = = = =

Tambahan Penulis:

Daripada penjelasan para ulama di atas, maka perempuan yang memakai seluar ketat sedangkan bajunya pula singkat (tidak labuh hingga ke bawah lutut untuk menutupi seluarnya), hukumnya adalah haram kerana menampakkan punggungnya.
Kitab Rujukan : Syarat-syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah (Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim)

Sumber:- Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah)

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *