Berdiri Tengah Panas Pegang ‘Cardboard’ Cari Kerja, Kisah Pak Cik Ini Buat Netizen SEBAK !!!

| July 24, 2017 | 0 Comments

Berdiri Tengah Panas Pegang ‘Cardboard’ Cari Kerja, Kisah Pak Cik Ini Buat Netizen SEBAK !!! | Semalam viral sebuah status oleh seorang pengguna Facebook bernama Syafiqah Damanhuri di mana beliau telah terjumpa seorang pak cik dalam keadaan yang menyentuh hati. Gambar yang dimuatnaiknya memaparkan seorang lelaki sedang memegang sekeping kotak dan berdiri ditengah panas berhampiran lampu insyarat di Seksyen 7, Shah Alam.

Memetik laporan siakap keli, kotak yang dipegangnya itu adalah iklan ‘promote’ dirinya yang memerlukan pekerjaan dimana dia akan diberhentikan dari kerja dari tempat sekarang kerana majikannya mahu mengecilkan operasi sedia ada.

Jom kita baca perkongsian dari Syafiqah Damanhuri.

“Assalamualaikum, tengah panas terik matahari saya nampak pakcik ni berdiri berhampiran traffic light (sabar menunggu) di persimpangan Seksyen 7, Shah Alam.

Bayangkan tengah hari buta tu, orang tua ni berdiri pegang cardboard! Dengan muka hanya Allah yang tahu.

Sebagai wartawan, saya tak boleh ignore perasaan ingin tahu tu. Lalu saya berhentikan kereta.. tanya dia. Rupanya dia tengah mencari kerja. Katanya dia kerja kilang, tapi pengurusan bakal kecilkan operasi.

Jadi ramai yang akan dibuang kerja. Dia ada anak, masih perlukan seorang ayah untuk menanggung. Kesian Kawan-kawan MOHON SEBARKAN buat rezeki pakcik ini. Allahu.. besarnya pengorbanan seorang ayah, dan susahnya nak mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Pakcik Romdon, menetap di Seksyen 27 Shah Alam

Ramai netizen yang tersentuh hati, ada yang berkata walaupun dah berusia, pak cik ini masih gigih mencari pekerjaan untuk menyara keluarga. Ramai netizen yang mendoakan agar pak cik ini cepat mendapat pekerjaan.

Kepada sesiapa yang mempunyai peluang kerja kosong sebagai pemandu peribadi, boleh hubungi pak cik ini di talian 018-3592918.”

Sumber:- Siakapkeli.my

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *