Pertunjukkan Silap Mata Masukkan Syiling Dalam Baju Wanita Semua Tak Menjadi. Rupa²Nya…

| June 18, 2017 | 0 Comments

Pertunjukkan Silap Mata Masukkan Syiling Dalam Baju Wanita Semua Tak Menjadi. Rupa²Nya… | Seorang ahli silap mata palsu telah dituduh mencabul kehormatan wanita selepas dia memuat naik video dirinya melakukan silap mata pada payudara beberapa wanita.

Lelaki itu memuat naik video tersebut pada 14 Jun yang menunjukkan dia meletakkan duit syiling pada dada wanita dan mendakwa dia boleh membuat duit syiling itu masuk ke dalam coli mereka. Walaubagaimanapun polis tempatan telah dimaklumkan berikutan aduan daripada pengguna web.

Lelaki berusia 26 tahun itu bernama Xu, memuat naik video dirinya melakukan helah di Youku, platform perkongsian multimedia.

Rakaman silap mata palsu itu telah dikongsi dalam talian pada 14 Jun, menunjukkan Xu menghampiri tujuh wanita secara berasingan, serta memberitahu mereka dia ‘akan melakukan silap mata’  di tempat membeli-belah pejalan kaki di Chengdu, Wilayah Sichuan.

Xu akan menyuruh wanita memeriksa jika duit syiling itu merupakan duit syling sebenar, Kemudian dia memberitahu mereka untuk merenung syiling itu. Kemudian dia meletakkan duit syiling di dada wanita dan mendakwa dapat membuat duit syiling itu masuk ke dalam pakaian.

Beberapa wanita kelihatan terkejut apabila Xu meletakkan tangannya di atas dada mereka. ‘Adakah ianya perlu diletakkan pada payudara saya?’ kata seorang wanita.

Wanita akan diberitahu untuk tidak bergerak sehinggalah dia melepaskan tangannya. Apabila dia mahu menamatkan helah silap matanya, Xu menjatuhkan duit syiling di atas lantai dan berpura-pura mengatakan silap matanya gagal.

Biro Polis Jinjiang mengeluarkan satu kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa video itu telah menarik perhatian mereka kerana mereka telah menerima beberapa aduan daripada pengguna web.
Mereka menahan Xu dan jurukamera berusia 31 tahun itu, bernama Zhou, kerana mendatangkan kemarahan awam dan mmenimbulkan masalah petang semalam. Kedua-dua mereka akan ditahan selama 14 hari.

Sumber:- DailyMail

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Berita Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *