[VIDEO] Wanita Buang Sengkenit Dengan Minyak Pudina Dapat 27 Juta View. Tetapi Pakar Cakap Ianya BAHAYA Kerana….

| May 21, 2017 | 0 Comments

[VIDEO] Wanita Buang Sengkenit Dengan Minyak Pudina Dapat 27 Juta View. Tetapi Pakar Cakap Ianya BAHAYA Kerana…. | Sebuah video di facebook yang menunjukkan seorang wanita dengan mudah mengeluarkan sengkenit dari badannya dengan hanya menggunakan setitik minyak pudina telah mendapat lebih daripada 27 juta views. Tidak hairanlah ia menjadi viral kerana mengetahui cara membuang sengkenit dengan cepat dapat mengurangkan masanya menghisap darah, mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit berjangkit, seperti penyakit Lyme.

Klip itu menunjukkan sengkenit bertindak balas terhadap minyak dalam masa 20 saat dan mula melepaskan gigitan dan melata atas lengan wanita itu. Dengan kaedah itu juga sengkenit itu juga dapa dibuang keseluruhannya tanpa meninggalkan mana-mana bahagian mulutnya, yang dapat menyebabkan orang yang digigit berisiko dijangkiti penyakit walaupun selepas seluruh badannya dikeluarkan.

Namun, di sebalik kejayaan itu, seorang pakar sengkenit telah memberi amaran bahawa kaedah pembuangan ini boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Dr Neeta Connally, penolong profesor Biologi di Western Connecticut State University, berkata melemaskan sengkenit dengan bahan-bahan seperti minyak pudina boleh memburukkan mereka, menyebabkan penyebaran penyakit.

Dia berkata: “Kami tidak mahu membuat sengkenit itu marah kerana ia membawa pelbagai jenis penyakit.
‘Sebenarnya mereka merembes air liur ke dalam badan apabila sengkenit menggigit dan dengan itu kita tidak mahu kemarahan sengkenit itu membuat ia mengeluarkan lebih banyak air liur dan dengan itu ianya lebih cenderung untuk membawa kuman ke dalam badan anda yang boleh membuat anda sakit. ‘

Kaedah pembuangan sengkenit yang betul adalah sangat penting kerana kaedah yang salah akan menyebabkan bahagian mulut sengkenit tertinggal didalam kulit. Ini boleh menyebabkan jangkitan setempat, yang dalam kes-kes yang teruk boleh membawa kepada abses dan juga septisemia.

Anda juga perlu berhati-hati untuk tidak memicit badan sengkenit, kerana ini boleh menyebabkan kandungan air liur dan usus  masuk semula ke dalam aliran darah orang yang digigit.

Lihat Video:-

Sumber:- DailyMail

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Infomasi Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *