Sejam Berdialog Tetapi Langsung Tidak Pandang Wajah Pengacara. Bila Ditanya, Jawapannya Buat Pengacara TERPANA !!!

| May 9, 2017 | 0 Comments

Sejam Berdialog Tetapi Langsung Tidak Pandang Wajah Pengacara. Bila Ditanya, Jawapannya Buat Pengacara TERPANA !!!  | Tahun lalu Habib Ali diundang dalam program TV “Eittijahat”, di salah satu stesen TV UEA dlm dialog berkaitan Mu’tamar Ahlussunnah wal jama’ah 2016 di Cechnya. Yang hadir sebagai pengacara di acara itu adalah Nadine Al Badir, penulis liberal asal Saudi yang tidak pernah memakai hijab.

Yang menarik, selama dialog berlangsung (sekitar 1 jam lebih), Habib Ali sama sekali tidak memandang wajah pengacara. Beliau selalu menunduk dan kadang melihat ke tepi. Rupa-rupanya “sikap” Habib Ali menyebabkan pengacara itu kesal.

Di akhir program dia bertanya :
“Habib Ali.. Ini adalah pertemuan kita yang kedua, jujur.. saya sangat menghormati anda, oleh kerana itu saya menutup separuh kepala saya dalam program ini, tapi mengapa selama ini anda selalu menjauhkan pandangan dari wajah saya?”

Habib Ali yang tampak malu dengan pertanyaan itu menjawab :
“Semoga ALLAH memberkati anda dan membalas kebaikan anda.. Pertama saya memang tidak terbiasa memandang wanita yang bukan mahram, Kedua saya tidak memandang wajah anda kerana saya memuliakan dan menghormati anda, dan bukan bererti saya merendahkan anda.

Lelaki yang bersikap sopan dan menghormati seorang wanita tidak akan memandang wajahnya.
Bukankan ALLAH SWT berfirman :

“قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ”

Maksudnya:- ‘Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka’.
(QS. An-nur : 30) .

Rasulullah SAW bersabda :
‘Pandangan haram adalah panah beracun dari sekian banyak panah Iblis, siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada ALLAH, ALLAH akan anugerahkan baginya kelazatan iman yang akan ia rasakan dalam hatinya’.”
(HR.Ahmad).

Sumber:- Muhajir Afriqiy

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *