Lelaki Ini kongsi Pengalaman Menyeramkan DIRENUNG Tajam Oleh Seorang Gadis Dalam MRT. Setelah Didekati Rupa²nya…

| May 2, 2017 | 0 Comments

Lelaki Ini kongsi Pengalaman Menyeramkan DIRENUNG Tajam Oleh Seorang Gadis Dalam MRT. Setelah Didekati Rupa²nya… | Pengalaman dipandang oleh seseorang yang tidak dikenali memang buat hati tak tenang dan menggelabah. Tambahan pula bila dapat renungan tajam oleh seseorang yang dalam keadaan menakutkan macam dalam filem seram tu. mesti meremang bulu roma.

Seorang lelaki berkongsi pengalaman anehnya semasa menaiki MRT untuk menghadiri temu janji. Melalui akaun facebook yang bernama Kendrick Kang. Ketika dalam perjalanan dia terpandang seorang perempuan berbaju pink yang sedang duduk di hadapannya. Mulanya, Kendrick perasan yang mata perempuan ini merenungnya dengan renungan yang aneh.

“Matanya seperti tengah tersenyum padaku. Ianya terjadi agak lama,” jelas Kendrick.
Kelakuan aneh wanita itu membuat Kendrick takut. Wanita ini didapati merenung Kendrick dalam waktu yang cukup lama.

Akhirnya, Kendrick memberanikan diri untuk mendekati si perempuan. Tak disangka, apa yang dia dapati sangat mengejutkan. Banyak pengguna Facebook yang juga tertipu dengan foto Kendrick ini. Awalnya mereka menyangka bahawa perempuan ini sedang melihat kamera dengan renungan aneh, bahkan menyeramkan.

Namun, setelah diamati, semuanya menjadi jelas. Bahagian yang disangka mata sang wanita tersebut ternyata adalah mulutnya yang sedang menganga. Ini kerana sebahagian besar wajah perempuan tersebut ditutup oleh rambut hitamnya.

Jika dilihat lebih dekat, dua lubang hidung terlihat di celah-celah rambutnya. Ternyata, wanita ini sedang tertidur dengan mulut menganga.

Post Kendrick ini jadi viral di media sosial dan sudah dikongsi lebih dari 33 ribu kali. Banyak netizen yang takjub melihat kejadian ini.

Hidayah Omar: “Haha rupanya mulut yg terbukak ayo.”
Eryyn Syafrynn: “Menyeramkan pada awalnya.”
Jena Lyn: “Menyeramkan pada awalnya hahahaha kamu mesti lihat lebih dekat.”

Kadang kala pandangan kita memang menipu. Kita selalu melihat sesuatu dalam bentuk yang tak sama dengan kenyataan. Namun, kejadian ini dianggap menjadi hiburan bagi netizen.

Sumber:- Kang

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *