Digigit Serangga Semasa Masuk Hutan Brazil. Selepas Pulang Kaki Bengkak Dan Keluar Ulat, Rupa²nya…

| May 8, 2017 | 1 Comment

Digigit Serangga Semasa Masuk Hutan Brazil. Selepas Pulang Kaki Bengkak Dan Keluar Ulat, Rupa²nya… | Dikenali dengan nama Gu, gadis berusia 28 tahun itu ber “backpacking” ke Amerika Selatan pada akhir Mac dengan rakan-rakannya. Semasa dalam hutan hujan Brazil, dia telah digigit oleh ‘serangga bersaiz sebesar kacang’ di kaki kanannya.


Selepas pulang ke Shanghai, dia perasan ketulan ditempat gigitan telah berpecah dan berasa sangat gatal. Gu terkejut apabila larva, tiba-tiba keluar dari bawah kulitnya.

Gu dipercayai digigit oleh serangga botfly atau nama saintifiknya Dermatobia hominis. Kesan gigitan daripada lalat tersebut telah menyebabkan tiga benjolan pada bahagian kaki Gu di samping meninggalkan kesan kegatalan selama beberapa jam.

Benjolan tersebut kemudiannya pecah dan kelihatan ulat berengga keluar daripada kulit kaki Gu. Pemeriksaan lanjut di Hospital Longhua mendapati terdapat dua lagi larva botfly berada di dalam kaki Gu. Gu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan larva tersebut dan kini sedang beransur pulih.

Botfly atau lalat bot merupakan serangga berbulu kecil yang wujud di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

Botfly akan bertelur pada nyamuk dan lalat dan apabila haiwan pembawa telur botfly ini menggigit manusia, suhu badan manusia yang panas akan menyebabkan pensenyawaan telur yang kemudiannya bertukar menjadi ulat berengga.

Lubang pada benjolan tersebut membolehkan ulat berengga bernafas sambil memakan darah dan tisu dalam badan. Semakin ia membesar, ia akan menyebabkan pembengkakan pada kulit sekali gus mengakibatkan kesakitan yang melampau pada mangsa.

Malah, mangsa akibat gigitan botfly ini juga akan merasai sesuatu bergerak di dalam badannya jika ulat berengga ini terus membiak dan membesar.tidak dikeluarkan.

Lihat Video:-

Sumber:- Daily Mail

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Berita Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *