Masa Kenduri Tiba² Saya Dilempang, Di Tuduh Buat Nasi Kangkang Hingga Suami Lupa Isteri. Rupa²nya….

| April 18, 2017 | 0 Comments

Masa Kenduri Tiba² Saya Dilempang, Di Tuduh Buat Nasi Kangkang Hingga Suami Lupa Isteri. Rupa²nya…. | Assalamualaikum admin. Tolong hide kan fb saya ye… Terima kasih. Saya Nurul, berusia 30 tahun dan berkerja dalam bidang kewangan. Suami pula 36. Saya terpanggil meluahkan pengalaman saya setelah terbaca luahan isteri kedua yang bernikah di thailand di page KRT yang mahu berjumpa isteri pertama. Kisah yang hampir sama seperti pengalaman saya. Ia agak panjang, tapi saya harap pengalaman saya, bisa dijadikan iktibar.

Jun ini, genap 10 tahun usia perkahwinan saya. Punyai sepasang cahaya mata kembar berusia 5 tahun. Segalanya ok sahaja dalam perkahwinan saya sehinggalah hujung tahun 2015 yang lalu. Saya mula perasan suami saya tak boleh berpisah dengan phone. Sampai masuk jamban pun bawa phone. Pernah saya terjaga jam 3 pagi, Suami sedang bersembang dalam phone di balkoni. Saya tanya, alasan dia hal kerja. Naluri isteri, saya merasakan suami ada wanita lain. Phone pun pakai password dah. Hujung minggu, keluar pagi, tengah malam baru balik. Saya tanya, alasan kerja. Dengan saya semakin dingin, tapi dengan anak-anak, dia tetap tak berubah.
3 bulan lebih saya telan rasa, akhirnya saya luahkan pada MIL saya. Oh ya, saya ni tak punya ibu. Arwah meninggal sewaktu saya di tingkatan 4. Bapa pula duduk dengan abang saya di sabah, jadi saya memang rapat dengan MIL. Lagi pun, abang suami masih belum berkahwin. (suami cuma 2 beradik lelaki)
MIL saya dengar luahan saya dan kata-kata MIL saya buat saya tersentak. Katanya, sebelum saya bertanya pada suami, saya renung diri saya dulu sebab dia kenal anak dia macam mana. Saya tak marahkan MIL sebab saya faham maksud tersirat MIL.

Ya, saya akui waktu tu. Semenjak punya anak, masa saya cukup terhad. Dengan kerja, dengan urus anak, kadang-kadang memang selekeh lepas balik kerja. Badan pun makin bulat. Makanan suami pun saya tapau dari kedai time balik kerja. Hari sabtu dan minggu pun saya beli. Baju-baju kerja suami, dia sendiri iron. Layanan batin lagi ler, sekadar melepas batuk di tangga.
Saya tak nak hilang suami saya kerana kesilapan saya. Saya pasang niat, sebelum terlambat, saya nak pikat suami balik. Saya daftarkan diri di sebuah pusat kecantikan dalam diam. Berkorban masa dan tenaga untuk kembali cantik kan badan. Letih macam mana pun, saya tetap masak untuk breakfast dan makan malam suami. Mula-mula suami agak pelik, tapi tak kata apa-apa, cuma raut wajahnya cukup ceria bila menjamah hidangan saya.

Selain kecantikan luaran, saya amalkan jamu-jamu untuk kecantikan dalaman. MIL banyak membantu. Carikan saya bidan kampung untuk mengurut. 4 bulan saya berusaha di samping berdoa, saya mula nampak hasil. Badan kembali langsing seperti awal perkahwinan. Saya dah tak mudah letih biarpun tak cukup rehat, mungkin kerana amalan jamu dan pantang yang saya belajar dari bidan. Suami pun dah tak rajin keluar. Out station sebulan dua kali dengan alasan kerja pun dah tak ada. Saya syukur sangat-sangat sebab kebahagiaan tu kembali. Waktu tu suami asyik nak berkepit je.

Awal Januari lepas, saya buat kenduri kecil sempena birthday suami. Dan tika itulah, tiba-tiba saya diserang seorang wanita. Dia tampar saya dan tolak saya sehingga hampir jatuh ke kolam sebab saya memang tak bersedia langsung. Air mata saya menitis laju sewaktu mendengar makiannya bahawa saya buat nasi kangkang pada suami sehingga suami lupa ada isteri ke 2.

Tubuh saya lesu, nak berdiri pun tak boleh waktu tu. Dan dalam kekecohan tersebut, MIL saya melempang muka perempuan yang carutkan saya tu. Suami saya terus lafaz cerai talak 3 waktu tu juga pada perempuan tersebut.
Seminggu lebih saya berkurung dalam bilik. Anak-anak pun saya tak peduli. Semua MIL dengan pembantu rumah uruskan. Malu teramat bila ingat ada rakan-rakan sekerja saya melihat semua yang terjadi. Suami dan MIL berusaha memujuk dan akhirnya saya mendengar juga cerita suami sebab tak tahan tengok MIL menangis.

Rupa-rupanya suami telah bernikah dengan wanita tersebut pada pertengahan mac 2016 di sempadan thai! Hancur lebur hati saya. Sangka saya waktu itu, dia sekadar punya teman wanita rupanya saya telah dimadukan. Namun suami merayu meminta ampun dan maaf. Dia mengaku langsung tak cintakan bekas madu saya. Sudah berbulan dia tak jumpa wanita itu. Saya mendiamkan diri waktu MIL saya memarahi anaknya. Pernah terfikir untuk bercerai waktu itu, namun kerana kesungguhan suami merayu, juga kasih sayang MIL, saya akur untuk teruskan. Lagipun, suami dah ceraikan wanita tersebut.

Kini, segalanya dah selesai. Saya kembali membuka lembaran baru biarpun ada parut yang dalam di hati. Wanita itu tak dapat tuntut apa-apa sebab pernikahan tersebut tak didaftarkan di Malaysia. Saya tahu, segalanya bermula dengan kesilapan saya, yang tak menjaga penampilan diri, juga menjaga suami dengan sepatutnya.

Lelaki terkadang ibarat anak kecil, mahukan belaian dan kemanjaan. Penat bagaimana pun, sebagai isteri mesti menjaga makan pakai suami. Dan buat wanita bergelar isteri ke 2, yang bercadang nak jumpa isteri pertama tu, fikir banyak-banyak kali. Sebab kalau si suami dah mengaku tak sayang, untuk apa memalukan diri. Isteri pertama lebih berhak dari segala hal..
Wassalam…

Sumber:-KRT

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Rumah Tangga

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *