Kanak² 3 Tahun Dir0g0l & Dibunuh Selepas Sejam Bergambar Bersama Lelaki Pedofilia !!!

| April 9, 2017 | 0 Comments

Kanak² 3 Tahun Dir0g0l & Dibunuh Selepas Sejam Bergambar Bersama Lelaki  Pedofilia !!! | Seorang pedofilia bertindak kejam dengan merogol dan membunuh seorang budak perempuan berusia tiga tahun hanya selepas sejam dirakamkan bergambar dan bermain bersama-sama mangsa di parti hari jadi kanak-kanak.

Vladica Rajkovic dipenjara selama 40 tahun selepas didapati bersalah menculik Angjelina Stefanovic. Susulan penahanan tersebut, Rajkovic, 28, turut mengaku kepada polis bahawa dia telah membunuh perempuan simpanannya kerana wanita tersebut bersikap mendesak dan menjengkelkan.

Sekeping gambar menunjukkan Rajkovic yang berasal dari sebuah kampung Vratarnica di Serbia sedang bermain dengan kanak-kanak kecil itu semasa ‘menghiburkan’ kanak-kanak di majlis hari jadi.

Gambar itu menunjukkan dia dikelilingi kanak-kanak, termasuk mangsa yang duduk di hadapannya.

Menurut keterangannya di mahkamah, Rajkovic menceritakan bagaimana dia menculik mangsa dari majlis hari jadi dan membawanya ke hutan, kira-kira 700 meter dari kampung itu.

Selepas berita kehilangan Angjelina tersebar, Rajkovic dihubungi bapanya yang bertanyakan sama ada dia mengetahui di mana kanak-kanak itu berada.

Panggilan tersebut kemudiannya terganggu dengan suara jeritan kanak-kanak itu sebelum talian terputus.

Angjelina tidak berhenti menangis semasa diserang Rajkovic sehinggalah mangsa ‘membisu’ selepas dipukul menggunakan batu besar. Rajkovic kemudiannya terus merogol mangsa.

Semasa perbicaraan di mahkamah tinggi di Zajecar, timur Serbia, Rajkovic menafikan dia membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu pada Julai tahun lalu.

Dia mendakwa kematian kanak-kanak tersebut disebabkan kemalangan sewaktu berjalan membawanya dan kemudiannya terjatuh.

Bagaimanapun dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman di atas dua kesalahan itu dan pembunuhan Dragana Stankovic, 47.

Sumber:- Mstar

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Berita Luar Negara

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *