Ini Luahan Lelaki Buta Kerana Dibaling Telur Busuk Semasa Prank Hari Jadi Yang Buat Ramai SEBAK !!!

| April 9, 2017 | 0 Comments

Ini Luahan Lelaki Buta Kerana Dibaling Telur Busuk Semasa Prank Hari Jadi Yang Buat Ramai SEBAK !!! | “Aku ingin mataku dapat melihat Semula” itulah ungkap Remaja 18 tahun M.yusuf yang buta akibat terkena infeksi akibat di baling telur busuk oleh rakannya sendiri ketika prank hari jadinya.

Hal itu dikongsikan sendiri oleh kakak mangsa sendiri menerusi laman media sosial facebok seperti mana yang di laporkan oleh Tribun Medan semalam.

Melalui sumber tersebut kejadian berkenaan berlaku pada bulan lepas, ketika mangsa menyambut hari jadinya salah seorang rakannya membaling sebiji telur busuk dan mata mangsa terkena percikan telur tersebut.

Hanya selang beberapa hari Yusuf mengalami sakit mata dan dibawa berjumpa pakar mata oleh kakaknya. Setelah di periksa terdapat selaput putih yang melitupi matanya.

Tiada yang lebih sedih bagi remaja berkenaan apabila doktor mengesahkan bahawa mata kirinya telah buta. Sebagai seorang kakak yang bertanggung jawab ke atas adiknya selepas ketiadaan kedua orang tuanya begitu terkesan dengan nasib yang menimpa adik kesayangannya itu.

Kedua adik beradik berkenan dijaga oleh nenek mereka sejak kecil, kini satu mata adiknya sudah tidak dapat melihat lagi.

Pada status berkenaan kakak Yusuf turut memuat naik sekeping gambar yusuf yang tertunduk kebawah sungguh pun tak ada keceriaan di wajahnya.

“ kakak, aku ingin mataku dapat melihat kembali” hanya itu kata yusuf kepada kakaknya, sedih bercampur pilu begitu jelas terlihat ketika yusuf mengungkapkan kata kata itu.

Sebagai seorang kakak, saya hanya mampu berdoa serta memberikan semangat, semoga setelah ini tidak ada lagi kejadian-kejadian bodoh yang dapat merugikan seseorang seperti adik saya. Hanya kerana suka suka, tanpa sedar kita telah merosakkan masa depan orang lain, tulisnya.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *