Tayar Anda Cepat Haus ? Ini Punca Kenapa Tayar Cepat Haus Yang Ramai TAK TAHU !!!

| March 14, 2017 | 0 Comments

Tayar Anda Cepat Haus ? Ini Punca Kenapa Tayar Cepat Haus Yang Ramai TAK TAHU !!! | KEADAAN-KEADAAN YANG MEMPENGARUHI KEHAUSAN BUNGA TAYAR. Berikut ialah ringkasan pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kehausan tidak normal.

Tekanan Angin Tidak Cukup / Muatan Terlebih

Keadaan-keadaan ini, secara bersendirian atau bergabungan, menyebabkan kerosakan bunga tayar lebih awal, membawa kepada kehausan tidak sekata. Lebih serius lagi, keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan secara tiba-tiba kepada kerangka disebabkan lenturan tayar yang melampau.

Kelajuan

Kelajuan yang tinggi menyebabkan kehausan tayar bunga yang cepat; bukan sahaja kerana kelajuan tetapi juga kerana pecutan dan pembrekan yang kuat dan kerap.

Minyak dan Gris

Getah bunga tayar menyerap minyak dan gris dengan cepat. Akibatnya kebolehan menentang kehausan akan terjejas.

Membrek dan Memecut

Pecutan yang berlebihan dan pembrekan yang kuat mendedahkan tayar kepada kerosakkan teruk dan kehausan bunga yang cepat.

Permukaan Jalan Raya

Permukaan jalan raya yang kasar menyebabkan bunga tayar terkoyak dan hayat perjalanan berkurangan.

Kerosakan-kerosakan Mekanikal

SDi antara kerosakan-kerosakan mekanikal yang menyebabkan kehausan bunga dengan cepat adalah roda yang tidak sempurna, pelarasan brek tidak betul, penyerap hentak yang haus, kepala steering yang longgar/ketat, kerosakan bearing-bearing pada tangan ayun, imbangan roda dan lain-lain.

Roda-roda yang tidak seimbang

Sebarang bahagian berputar akan mempengaruhi keseimbangan tayar, seperti bahagian-bahagian berat pada rim, bol sekuriti, dan lain-lain, boleh menyebabkan bunga tayar haus tidak sekata.

PENTINGNYA TEKANAN ANGIN DI DALAM TAYAR

Tekanan tayar mengawal jangka hayat tayar. Udara yang termampat dalam tayar menentukan keupayaan menanggung beban, kestabilan dan pengendalian. Tekanan perlu diperiksa secara berkala apabila tayar sejuk.

Tekanan angin yang betul

 

Tekanan yang betul memberikan hayat perjalanan maksima berserta keselesaan menunggang kestabilan dan pengendalian yang memuaskan. Tayar sentiasa berada dalam bentuk rupa ia direka untuk tunggangan.

Tekanan angin yang tidak mencukupi

 

Tekanan angin yang tidak mencukupi mempercepatkan kehausan bunga tayar dan memberikan ketegangan berlebihan ke atas kerangka. Angin yang tidak mencukupi menyebabkan dinding sisi melentur berlebihan, meningkatkan haba dan kehausan bunga tayar yang tidak sekata. Ia juga meninggikan risiko kerosakan yang tidak disengajakan, pemisahan lapisan kord dan kerosakan tiub menyebabkan akibat buruk dalam pengendalian, mengurangkan tenaga dan kerosakan tayar.

Tekanan angin yang terlebih

 

Tekanan angin yang terlebih mempercepatkan kehausan di bahagian tengah bunga tayar. Kemungkinan tinggi akan menyebabkan keretakan pada kerengka dan rekahan pada dinding sisi bunga tayar.

PETUNJUK HAUS BUNGA TAYAR

Bunga sebuah tayar dibentuk dengan corak atau ukiran yang dinaikkan bertujuan untuk cengkaman maksima di atas jalanraya yang basah atau licin, dan cengkaman ini semakin berkurangan bila semakin haus. Petunjuk haus bunga tayar adalah suatu panduan menunjukkan keadaan bunga tayar yang boleh digunakan dengan selamat.

Tahap minima bunga tayar yang diperlukan ialah 1mm. Tempat-tempat di mana petunjuk-petunjuk ini terletak ditunjukkan oleh tanda ( ▲ ) pada kedua belah dinding sisi tayar.

Sumber:-FKR.Com

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tips & Petua

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *