Maju Tapi Abaikan Aspek Sosial. Ini Realiti SEBENAR Yang Dihadapi Rakyat Korea Selatan Yang Ramai TAK TAHU !!!

| March 24, 2017 | 0 Comments

Maju Tapi Abaikan Aspek Sosial. Ini Realiti SEBENAR Yang Dihadapi Rakyat Korea Selatan Yang Ramai TAK TAHU !!! | HELL JOSEON: HARGA SEBUAH PEMBANGUNAN. Orang muda Korea Selatan dalam gambar ini tengah menjalankan ‘terapi kematian’ di mana mereka akan ‘merasai kematian’ dengan tidur dalam keranda dan memakai baju mati. Dikatakan terapi ini dapat menghilangkan stres dan menjernih semula jiwa yang keruh. Macam ada persamaan dengan kaedah zikrul maut (ingat akan mati) dalam Islam.

Walaupun dilihat sebagai negara contoh dalam mencapai kemajuan pada masa singkat, Korea Selatan ialah antara negara yang paling tidak gembira/bahagia (‘happy’) di dunia. Dalam laporan ‘World Happiness Report’ yang diterbitkan oleh United Nations (UN) semalam, Korea Selatan ditempatkan di tangga ke-56, lebih rendah dari Malaysia (no 42). Malaysia menduduki tempat tertinggi di Asia selepas Singapura (26), Thailand (32) dan Taiwan (33).

Jangan memandang remeh pasal ‘happiness’. Dulu orang Amerika mengangkat senjata menentang British pun kerana ingin mempertahankan hak ‘pursuit of happiness’. Filsuf-filsuf Barat dan Timur termasuk Aristotle dan filsuf-filsuf Islam telah banyak menghabiskan masa untuk menjelaskan makna ‘happiness’ (Eudaimonia dalam Bahasa Yunani atau Saʿādah dalam Bahasa Arab).

Salah satu tanda orang yang tak ‘happy’ ialah hilang minat terhadap hidup. Kadar bunuh diri di Korea Selatan dan Jepun adalah tertinggi di kalangan negara maju. Di Korea Selatan, 30 dari 100,000 orang membunuh diri setiap tahun; manakala di Jepun, 19 dari 100,000 orang membunuh diri setiap tahun.

Mungkin budaya Asia Timur yang terlalu menitikberatkan soal maruah dan pandangan masyarakat menjadi punca utama masalah bunuh diri yang serius. Namun pada tahun 1995, hanya 10 dari 100,000 orang saja membunuh diri di Korea Selatan. Tentu ada faktor lain yang membawa kepada peningkatan masalah tersebut.

Ekonomi sebenarnya mempengaruhi ‘happiness’. Tak, bukan maksudnya duit adalah punca kebahagiaan. Ekonomi yang boleh membawa ‘happiness’ bukan kekayaan mutlak tetapi kekayaan yang dikongsi dan diagih dengan saksama di kalangan rakyat. 3 negara yang paling ‘happy’ dalam laporan tersebut (Norway, Denmark dan Iceland) adalah negara Scandinavia/Nordic yang mengamalkan ekonomi ‘Nordic model’ yang menekankan kebajikan. Rakyat menikmati pendidikan dan perubatan percuma dengan syarat rakyat bersedia membayar cukai yang tinggi. Apabila rakyat bebas dari kerisauan tentang keperluan asas, mereka hanya perlu memikirkan soal perkembangan potensi diri atau ‘self-fulfilment’ yang membawa kepuasan hidup. Itulah punca ‘happiness’ mereka.

Rakyat Korea Selatan yang kelihatan hidup mewah sebenarnya hanyalah hamba kepada dunia korporat. Ekonomi Korea Selatan dikuasai sepenuhnya oleh keluarga-keluarga kapitalis besar yang dikenali sebagai ‘Chaebol’. 5 Chaebol terbesar (Samsung, LG, Hyundai, SK, Lotte) sahaja telah mengawal hampir 60% daripada GDP negara. Pada tahun 2007, 30 Chaebol terbesar memiliki 843 syarikat, dan jumlah itu telah meningkat kepada 1,246 pada tahun 2012.

Chaebol diwujudkan oleh kerajaan semasa 1960an-1970an untuk mempercepatkan proses perindustrian Korea Selatan. Dengan memusatkan sumber ekonomi di tangan beberapa kumpulan syarikat, sumber dapat digunakan secara lebih cekap dan mencapai ‘economy of scale’. Namun, harga mengejar kemajuan dalam masa singkat ialah menggadaikan kebahagiaan rakyat Korea pada kepentingan Chaebol.

Selepas krisis 1997/98, Chaebol menjadi semakin berkuasa, sehingga dapat mempengaruhi proses politik. Ada yang menggelar Korea Selatan sebagai ‘Republic of Samsung’. Di Malaysia, kalau tak dapat kerja, boleh berniaga lagi. Di Korea Selatan, hampir semua benda telah pun dimonopoli oleh Chaebol. Chaebol ada di mana-mana, jangan harap nak bersaing dengan mereka. Pilihan yang ada cuma belajar bersungguh-sungguh agar dapat memasuki universiti terunggul di Korea Selatan iaitu SKY – Seoul National University, Korea University dan Yonsei University. Kegagalan memasuki universiti membawa kegagalan dalam hidup, kerana harapan untuk berkerja di syarikat-syarikat Chaebol menjadi tipis. Tiada lagi langit (SKY). Ramai membunuh diri kerana itu.

Pekerja muda Korea Selatan perlu buat kerja lebih masa, tetapi dibayar gaji yang rendah. Mereka tidak mempunyai ‘bargaining power’ kerana persaingan untuk mendapat kerja terlalu sengit. Tak puas hati dengan kerja yang banyak tapi gaji sedikit? Sila berambus kerana ramai lagi yang nak kerja. Mereka tidak mampu memilik rumah, dan ada yang perlu menahan lapar walaupun kerja pakai suit.

Tekanan hidup yang tinggi telah membawa kepada 2 masalah sosial yang serius: ketagihan arak (‘alcoholism’) dan perangai antisosial. Kebanyakan orang muda Korea Selatan ketagihan arak kerana mabuk adalah cara paling mudah bagi melupakan tekanan hidup. Sementara itu, semakin ramai orang muda Korea menjadi antisosial atau ‘Sampo Generation’ (삼포세대 – Generasi Buang Tiga). Generasi Buang Tiga ini membuang percintaan, perkahwinan dan beranak daripada rancangan hidup. Kerana mereka rasa dirinya tidak mampu untuk memiliki semua itu. Mereka ada persamaan dengan ‘Satori Generation’ (Generasi Bebas Nafsu) di Jepun. ‘Bebas nafsu’ itu metafor kepada gaya hidup yang tidak belanja. Tidak belanja bukannya kerana tiada nafsu, tetapi tidak mampu.

Kekecewaan dan kemarahan terhadap keadaan sosioekonomi mereka menyebabkan belia Korea mencipta istilah ‘Hell Joseon’ (헬조선) atau ‘Hell Korea’. Joseon atau Chosun ialah nama klasik bagi Korea. Mereka melihat Korea Selatan sebagai sebuah neraka yang menyeksa. Kalau diberi peluang, mereka akan meninggalkan Korea Selatan.

Semakin tinggi tahap pembangunan, semakin kurang ‘happiness’, itulah paradoks moden Korea Selatan dan Jepun. Di sebalik bangunan mencakar langit dan lampu lip lap menghiasi malam di Gangnam, kekosongan jiwa melanda di pelusuk hati setiap pemuda Korea Selatan. Gaya hidup ‘hipster’ hanyalah ideologi yang menipu diri sendiri tentang hakikat diri sebagai hamba kapitalis.

Inilah harga yang perlu dibayar jika kita hanya mengejar GDP tanpa menimbangkan keadilan sosial.

Bacaan lanjut:

Ha-joon Chang. South Korea’s Economic Reforms – A Recipe for Unhappiness

Sumber:-Ayman Rashdan Wong

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *