Inilah 5 Perkara Yang WAJIB Di Tinggalkan Jika Anda Memandu Kereta Automatik !!!

| March 26, 2017 | 0 Comments

Inilah 5 Perkara Yang WAJIB Di Tinggalkan Jika Anda Memandu Kereta Automatik !!! | Kereta transmisi automatik sememangnya menjadi pilihan pengguna daripada kereta transmisi manual kerana ianya lebih mudah dan selesa. Walaupun harga kereta automatik lebih mahal daripada kereta manual, ternyata kereta transmisi automatik tetap menjadi pilihan utama tidak kira lelaki ataupun wanita.

Walaupun demikian, sebagai pemandu kereta automatik terdapat 5 perkara yang mesti anda elak daripada melakukannya jika tidak mahu mengeluarkan wang untuk memperbaikinya nanti.

Jom, ikuti tips ini. Ianya merupakan perkongsian oleh Jason Fenske dalam satu video di Youtube berkenaan pemanduan transmisi automatik yang mesti di elakkan. Anda juga boleh mengikuti pelbagai tips oleh beliau dalam saluran Engineering Explained

  1. Jangan turun bukit dalam keadaan gear “Neutral”

Ramai pemandu meletakkan gear dalam keadaan “Neutral” atas alasan untuk menjimatkan minyak. Walaupun alasan ini boleh diterima, tetapi sistem enjin terkini mempunyai kaedah alternatif bagi menjimatkan minyak. Perkara ini juga berbahaya kerana kereta anda berisiko hilang kawalan ketika ingin memandu.

  1. Jangan menukar arah tanpa berhenti seketika

Sekiranya anda ingin menukar arah sama ada ke hadapan atau ke belakang, anda perlulah tekan brek seketika. Jika anda menukar arah tanpa berhenti sepenuhnya, keadaan ini memberi tekanan kepada sistem transmisi yang terpaksa berperanan sebagai brek. Akibatnya, sistem transmisi kereta anda boleh rosak.

  1. Jangan tekan minyak ketika gear “Neutral” dan terus memecut laju

Tabiat menekan pedal minyak ketika gear “neutral” dan kemudian menukar kepada “drive” boleh menghauskan sistem transmisi. Sekiranya sistem transmisi rosak, harganya sangat tinggi untuk digantikan.

  1. Gunakan brek untuk menunggu lampu isyarat merah, bukan gunakan gear “neutral”

Ketika menunggu lampu isyarat yang sedang merah, Fenske menasihati para pemandu untuk menekan brek sahaja. Menurut beliau, pemanduan menjadi lebih mudah untuk bergerak berbanding dengan gear “neutral”. Namun demikian, terpulang kepada pemandu untuk menekan brek atau menukar gear kepada “neutral”. Lenguh juga kaki jika menekan brek pada tempoh yang lama ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

  1. Jangan ubah gear kepada keadaan “Parking” jika belum memberhentikan kereta anda

Jika ingin menukar gear kepada “Parking”, pastikan kereta anda betul-betul berhenti dan memarkir di kawasan yang betul. Sekiranya diletakkan awal sebelum kereta anda berhenti, hal ini akan merosakkan bahagian pin pengunci yang mengunci sistem transmisi kereta daripada bergerak.

Inilah 5 perkara yang tak patut anda lakukan jika anda memandu kereta automatik. di harap info in bermanfaat untuk anda. Kepada semua pemandu tidak kira pengguna kereta manual atau automatik, jagalah kereta anda sebaik mungkin supaya boleh mengelak daripada sebarang kemalangan. Jangan lupa share…!!!

Sumber:- Era Baru

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Tips & Petua

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *