Dari Penghantar Barang Ke Orang ke-4 TERKAYA China. Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!

| March 8, 2017 | 0 Comments

Dari Penghantar Barang Ke Orang ke-4 TERKAYA China. Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!! | Semasa umurnya 24 tahun pemuda ini hanyalah pekerja bawahan, kerjanya setiap hari ialah menghantar barangan dan pesanan. Tetapi kini semua itu tidak lagi berlaku kepadanya.

 

Dia kini merupakan orang keempat terkaya di China dengan memiliki eset bernilai NTD 590 bilion (RM85 bilion) dan 80,000 pekerja di bawahnya. Seorang jutawan terkemuka, Jack Ma telah mengatakan bahawa pemuda ini adalah orang yang dia kagumi.

 

Pemuda yang dimaksudkan ialah Wang Wei, pengasas dan pemilik “SF Express” yang beribu pejabat di Shenzhen, China. Wang Wei terkenal kerana sikapnya yang rendah diri. Pihak media menggelarnya sebagai seorang pengarah syarikat yang sangat misteri.

Dia mula mendapat perhatian dan sering dikejar media sejak awal penubuhan syarikatnya lagi namun, hanya selepas 18 tahun dia baru menerima wawancara. Dia yang bermula dari bawah sebagai pekerja bawahan menyebabkan dia boleh merasakan perit getir dan kepayahan yang dirasai oleh pekerja bawahan lain.

Walaupun kini dia bergelar pengarah, dia tetap melakukan kerja-kerja seperti menghantar barang bersama pekerja. Di mata para pekerja, dia bukan sahaja seorang presiden yang baik dengan pekerja tetapi juga seorang bos yang dominan.

Pada April tahun lalu, Wang Wei telah menerima berita bahawa salah seorang pekerjanya telah dipukul oleh seorang pemandu dalam kemalangan jalan raya ketika sedang menghantar barangan.

Dia menjadi sangat geram mendengar berita itu dan kemudiannya telah mengumumkan perkara itu di internet, “Jika saya tidak dapat menyelesaikan perkara tersebut, saya tidak layak menjadi presiden SF Exprress!” Kerana sikap ambil peduli Wang Wei inilah yang telah membuatkan para pekerjanya sangat setia dengannya.

 

Wang Wei berasal dari Shanghai. Ayahnya ialah seorang penterjemah, sementara ibunya ialah seorang pensyarah universiti. Mereka sekeluarga telah berpindah ke Hong Kong semasa dia berumur tujuh tahun.

Semasa berada di sekolah menengah, dia memutuskan untuk bekerja di sebuah kilang kecil. Berdasarkan pengalamannya membantu kawannya menghantar barang ke Shenzhen telah memperlihatkannya kepada pelbagai peluang perniagaan.

Ayahnya telah membantunya mengumpulkan 100,000 dolar Hong Kong (RM57,331) untuk dia memulakan perniagaan dan dia berjaya meraih hasil yang lumayan hanya dalam tempoh tiga tahun!

“kos penghantaran satu barang biasanya ialah 70 dolar, tetapi saya hanya mengenakan bayaran sebanyak 40 dolar sahaja. Pada awal perniagaan ini, saya hanya memiliki lima orang pekerja dan mereka terpaksa bekerja selama 15 jam sehari. Sebagai bos saya juga turut menghantar barang,” ujar Wang Wei menceritakan masa lalunya semasa awal-awal syarikatnya ditubuhkan.

 

Untuk permulaanya, mereka menarik pelanggan dengan kadar bayaran yang rendah, kemudian mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan. Hal ini telah membuatkan dia hampir memonopoli semua perniagaan pengiriman ekspress di Hong Kong.

Pada tahun 2003, wabak SARS telah merebak membuatkan orang ramai takut untuk keluar rumah. Hal ini telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran barang. Pada masa itu jugalah dia telah mencapai kejayaan yang belum pernah dicapainya sebelum itu.

Dia telah menandatangani kontrak lima pesawat sepanjang merebaknya wabak penyakit itu dengan menghantar barang dengan pesawat khas dan muncul sebagai syarikat pertama di China yang mengangkut kiriman ekspres menggunakan pesawat. Dia juga percaya kejayaan itu hanya akan dicapai dengan kerja keras yang dilakukan.

“Saya tidak percaya perkara seperti peluang, semua kejayaan bergantung kepada usaha dan kerja keras!” ujarnya lagi.

 

Apabila ditanya mengenai rahsia perniagaan yang berjaya, Wang Wei tersenyum dan berkata, “Semua orang mengatakan kemelut yang saya hadapi membuatkan saya bertambah sukar. Tetapi sebenarnya hal itu yang mendorong saya untuk terus bergerak ke hadapan!”

 

Wang Wei yang kini berusia 46 tahun, adalah orang yang paling kaya dalam industri kurier swasta, juga telah membina 45 pesawat kargo dan memiliki 15,000 kenderaan penghantaran untuk menghantar barangan ke lebih daripada 200 negara di seluruh dunia.

Sumber:- Era Baru

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *