Cuba “Lepaskan Diri” Selepas PANIK Langgar Kereta Di Tol. Tindakan Remaja Ini Buat Netizen BENGANG !!!

| March 15, 2017 | 0 Comments

Cuba “Lepaskan Diri” Selepas PANIK Langgar Kereta Di Tol. Tindakan Remaja Ini Buat Netizen BENGANG !!! | Dalam keadaan “panik”. Itulah yang kesimpulan daripada siasatan awal berkenaan kes remaja pemandu Proton Gen 2 yang memandu ke arah selatan di laluan arah utara Lebuhraya Utara Selatan, berdekatan Sungai Dua di Pulau Pinang pagi semalam.

Disebabkan itu, kereta yang dipandunya telah bertembung dengan beberapa kenderaan, dan menyebabkan seorang lelaki terbunuh.

Lapor Free Malaysia Today,  remaja berusia 19 tahun itu terdahulu melanggar belakang dua kereta sebelum Plaza Tol Sungai Dua, dan cuba ‘melepaskan diri’ dalam keadaan panik.

Saksi memberitahu polis remaja berkenaan yang dalam keadaan panik, telah memandu di satu lorong yang dikhaskan untuk pusingan-U bagi kenderaan yang berada dalam keadaan kecemasan.

Dia kemudiannya memecut sejauh 5 km ke Seberang Jaya sebelum merempuh Perodua Kelisa yang dipandu lelaki berusia 26 tahun, menyebabkan lelaki itu terbunuh serta merta.

Setelah merempuh Kelisa, kereta remaja itu berpusing dan melanggar lima kenderaan lain, termasuk satu van pekerja kilang dan sebuah motosikal.

Polis kemudiannya mendapati melalui ujian air kencing yang remaja itu positif dadah jenis Methamphetamine dan diperintahkan hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth petang ini.

remaja itu dikatakan bekerja sebagai model sambilan untuk majlis pelancaran, program dan pertunjukan kereta. Sebelum ini, dia pernah menyertai pertandingan ratu cantik kecil-kecilan di Juru.

Sementara itu NST Online melaporkan keluarga pemandu Kelisa iaitu Mohamad Fandi Rosli, 26, terkejut mengetahui tentang berita kemalangan tersebut.

Fandi yang berasal dari Sungai Petani sedang memandu pulang setelah bekerja syif malam di sebuah kilang di Seberang Jaya, Prai sewaktu kejadian.

Isteri Fandi yang dikahwini baru tiga bulan yang lalu, Norashikin Abdul Halim, seorang jururawat di Hospital Selayang telah menuntut mayat suaminya di Hospital Seberang Jaya pada 3.00 petang semalam.

Dia dilihat berada dalam keadaan sedih dan pitam beberapa kali melihat mayat suaminya di tempat simpanan mayat, lapor NST.

Bapa Fandi, Rosli Lin, 57, memberitahu NST sewaktu pengebumian anaknya:

Saya rasa tak percaya lihat klip video sebuah kereta dipandu arah bertentangan trafik beberapa saat sebelum melanggar kereta anak saya.

Saya serahkan pada polis untuk menyiasat tetapi kami mahu keadilan untuk anak kami.

Fandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pokok Assam, Sungai Petani malam tadi. Dia meninggalkan seorang isteri yang hamil, bapa, ibunya Noor Suraini Ismail , 47, dan seorang adik perempuan.

Sumber: Free Malaysia Today via AmaizingNara

 

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *