Anak Malaysia Ini VIRAL Kerana Tukar padang pasir yang tandus ke ladang gandum yang SUBUR !!!

| March 14, 2017 | 0 Comments

Anak Malaysia Ini VIRAL Kerana Tukar padang pasir yang tandus ke ladang gandum yang SUBUR !!! | Ini adalah projek wakaf Al Rajhi Group di Sudan. Kendalian jurutera malaysia.

Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia Tuan Hj Zuraimi Isa sebagai Ketua Jabatan – Perkhidmatan Pengurusan Air yang terlibat dalam pembinaan rumah pam, pam pengairan, pembinaan terusan dan pivots.

NILE PUMP STATION – DI ANTARA PROJEK YANG DIBINA OLEH BELIAU.

Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAh di dalam bidang kejuruteraan mekanikal apabila kepakarannya sudah di percayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas.

Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.

PIVOT YANG BERKELUASAN 60 HEKTA.

Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. Hebat mashaALLAH!

Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti.

LADANG GANDUM YANG SUBUR!

Kebanyakan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km.

Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa material yang terdapat di tapak projek.

Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua Afrika. Amin.

Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa adalah keluaran universiti tempatan. Universiti Teknologi MARA. Syabas Tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang kejuruteraan mekanikal.

Nasihat

HAJI ZURAIMI

Nasihat Tuan Hj. Zuraimi Isa untuk anak-anak muda:

Prinsip utama adalah kejujuran dan ikhlas. Jujur dalam bekerja, jujur dalam berkawan dan juga jujur dalam kehidupan. Bila kita jujur dalam bekerja, tidak menipu walaupun kadang-kadang kita di pihak yang sedikit, ALLAH swt akan bukakan jalan untuk kita.

Sepanjang dalam kerjaya saya, saya tidak pernah meminta untuk dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji.

WAJAH ASAL PADANG PASIR YANG TANDUS SEBELUM BERTUKAR MENJADI SEBUH LADANG GANDUM YANG SUBUR.

Tetapi dengan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan kerja, kenaikan pangkat dan gaji itu datang sendiri. Saya tidak pandai membodek, dan saya terkenal di kalangan rakan sekerja sebagai seorang yang tegas dan garang. Tetapi itulah resepi saya dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.

Kadang-kadang saya juga meragui kemampuan saya sendiri, tetapi saya tidak pernah berundur. Saya sahut cabaran itu dan buktikan saya mampu lakukan!

PAM YANG DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN AIR DARIPADA 800 KAKI DI BAWAH TANAH!

Bukan senang untuk membina keyakinan orang asing terhadap kita sebagai orang Asia. Tetapi, Alhamdulillah kebanyakan warga asing sama ada dari Eropah atau benua lain amat menghormati saya..

Sumber:- Vocket

P.S. 1 – CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 – Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 – Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 – Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian…. Allah Allah…

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Viral

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *