Tamat Teka Teki. Jep Sepahtu SAH Nikahi Sari Yanti

| February 25, 2017 | 0 Comments

Tamat Teka Teki. Jep Sepahtu SAH Nikahi Sari Yanti | PETALING JAYA: Khabar angin yang bertiup kencang bahawa Jep Sepahtu 32 dan Sari Yanti 33 akan bernikah hari ini akhirnya terjawab. Selepas berteka-teki dan bermain tarik tali mengenai hubungan mereka, pelakon Sari Yanti, 33, dan pelawak, Jep Sepahtu, 32, mengejutkan peminat apabila bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal, di sini, pagi tadi.

Majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri kira kira 250 tetamu. Media yang dapat menghidu majlis itu, mula menunggu di dewan berlangsungnya pernikahan sejak awal pagi tetapi dilarang masuk. Penganjur turut mengawal ketat pintu masuk dewan utama sambil memberitahu media tidak dibenarkan membuat liputan.

menurut laporan BH Online tetamu dilarang memuat naik foto berkaitan majlis berkenaan ke laman sosial. Ia adalah perkahwinan kedua pelakon jelita yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu. Sari berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014. Mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Spekulasi percintaan Sari dan Jep bertebaran sejak tahun lalu apabila mereka banyak berkongsi gambar di laman Instagram. Bulan lalu, luahan spontan Sari dengan komen ‘Handsomenya’ dan ‘I Love You’ di Instagram ketika Jep membuat persembahan secara langsung, menarik perhatian ramai.

Lapor BH Online, Jep sebelum ini mengaku bersedia menerima pelakon jelita itu sebagai teman hidup andai ditakdirkan jodohnya manakala Sari lebih selesa untuk tidak menggembar-gemburkan kisah cinta mereka. Sari juga mengaku menyenangi personaliti Jep.

Majlis pernikahan tertutup ini turut dihadiri rakan artis seperti Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.

Sumber:- BHOnline

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Artis & Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *