Hidap Kanser Tahap 4 Ary Malik Dilaporkan KRITIKAL

| February 25, 2017 | 0 Comments

Hidap Kanser Tahap 4 Ary Malik Dilaporkan KRITIKAL  | KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Ary Malik, dilaporkan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat. Suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin berkata, Ary atau nama sebenarnya, Aryanee Malik Abdul Malik, 46, dimasukkan ke hospital itu sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah.

“Ary tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu dan keadaannya sama hingga sekarang. Keadaannya kritikal dan doktor mengesyaki sel kanser sudah merebak ke kepala,” katanya. Shahrul Nizam berkata, sebelum disahkan menghidap kanser, isterinya mengadu sakit pada perut.

“Pada mulanya kami menyangka ia ketumbuhan biasa dan hanya selepas menjalani pembedahan baru doktor mengesan Ary menghidap kanser. “Mei tahun lalu, dia menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju sebelum menjalani kemoterapi sejak Jun lalu,” katanya.

Ary yang pernah mengacara program MTV dan menyertai program realiti Masterchef Malaysia, mempunyai tiga anak iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11. “Anak sudah mengetahui keadaan ibu mereka sejak awal menghidap kanser.

Anak sulung kami sudah matang, malah banyak mengambil tahu mengenai perubatan. “Pelangi banyak menumpahkan perasaannya menerusi lukisan manakala Ratu masih dalam proses pembelajaran untuk menerima kenyataan itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Artis & Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *